MISI DAN VISI


1.1.1     Visi dan Misi Sekolah

Visi dan misi sangat penting dalam sesebuah sekolah. Hal ini adalah kerana kedua-duanya merupakan matlamat dan hala tuju sesebuah sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah untuk mencapainya. Justeru, SK Gambang mengguna pakai visi dan misi KPM untuk mencapai matlamat dan hala tuju sekolah berprestasi tinggi dan menghasilkan murid yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis serta seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah)

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik

Negara Sejahtera






Pendidikan Berkualiti:
§  Pemimpin pendidikan dan pendidik berprestasi tinggi
§  Infrastruktur yang lengkap dan selaras dengan keperluan pendidikan semasa
§  Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
§  Penilaian dan pentaksiran sekolah bertaraf global
§  Perkongsian pintar bersama pihak berkepentingan secara kreatif dan inovatif
§  Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran bertaraf Pendidikan Abad 21

Insan Terdidik:
§  Modal insan yang mempunyai pencapaian potensi tertinggi, mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia
§  Mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi
§  Istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab
§  Produk pendidikan yang boleh diterima pasaran antarabangsa
§  Insan yang mempunyai sahsiah terpuji

Negara Sejahtera:
§  Aman dan makmur
§  Kesejahteraan insan
§  Melahirkan warganegara berpendapatan tinggi
§  Mempunyai akses kepada pendidikan tertinggi
§  Kuasa beli yang tinggi
§  Menghayati hakikat kepelbagaian








MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi 






Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti:
§     Kelangsungan dan penambahbaikan status quo perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia

Membangunkan Potensi Individu:
§     Membangun potensi individu pada setiap peringkat pendidikan
§     Menyediakan pelbagai jurusan pendidikan mengikut potensi dan minat
§     Menyediakan keperluan khas bagi golongan yang menghadapi masalah pembelajaran

Memenuhi Aspirasi Negara:
§     Menjadi negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuan sendiri
§     Meletakkan tahap pencapaian pendidikan negara antara kelompok 1/3 terbaik di dunia











No comments:

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERASMIAN SURAU

Tempat : SK.GAMBANG Tarikh :22 Februari 2020