LAGU SEKOLAH


Lagu sekolah dicipta bertujuan menyemai dan menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang khususnya murid, guru dan warga kepada sekolah. Lirik lagu ini adalah ciptaan En. Zaharudin bin Samsuddin Guru Besar  yang mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1988. Antara bait lagu SK Gambang adalah seperti di bawah:

LIRIK LAGU : SK Gambang

Putera, puteri sejati
Sambutlah seruan bangsa
Semailah jasa sumbang bakti
Cita unggul yang waja

Tiga warna bersatu
Merah maju berjaya
Biru teguh bersatu
Kuning taat setia

Membara semangat di jiwa
Kekal sepanjang masa
Semangat bakti suci setia
Sekolah Gambang tercinta

Ilmu terus kami tuntuti
Jasa guru abadi
Itulah sumpah ikrar kami
Belajar dan berbakti

1 comment:

  1. Assalamualaikum, nak tanya, ada lagi ke surau kecil tepi kantin di SK Gambang ? Masih ada ke rumah besar di tepi bukit di dalam SK Gambang ? Ya Allah, rindunya SK Gambang.😢 Saya batch 04 yg berpindah dari SK Gambang pada tahun 2014 ke negeri asal saya. Salam cikgu dan sekolahku.🤍

    ReplyDelete

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERASMIAN SURAU

Tempat : SK.GAMBANG Tarikh :22 Februari 2020