SEJARAH


1.1.1     Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Gambang (SK Gambang) dibina di atas sebidang tanah seluas 12 ekar di KM 25 Jalan Gambang. SK Gambang dibuka secara rasminya pada tanggal 4 Mei 1988. Pada awal penubuhan SK Gambang mempunyai seramai 98 orang murid dan 8 orang guru sahaja. Pada ketika itu, hanya 5 buah kelas sahaja yang dibuka iaitu kelas tahun 1 hingga tahun 5. Murid disekolah ini terdiri daripada bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti, Orang Asli, India dan China sebagai bangsa minoriti.

            Berkembang selari dengan peredaran masa dan keadaan, SK Gambang mengalami perubahan termaksuk infrastrukturnya. Kini sekolah ini mempunyai  tiga blok bangunan. Blok pertama adalah blok bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat, bilik guru, pra sekolah, perpustakaan, bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik pemulihan, tiga tandas dan tujuh bilik darjah manakala blok kedua, bangunan setingkat memempatkan bilik gerakan, kedai buku, stor sukan dan  bilik darjah. Blok ketiga pula menempatkan makmal komputer. SK Gambang juga mempunyai sebuah surau baharu dan sebuah kantin bagi kemudahan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Zaharudin bin. Samsudin.  Beliau berkhidmat di sekolah ini selama enam tahun. Sehingga kini sekolah ini telah ditadbir urus oleh sembilan orang guru besar. Guru besar kini ialah En. Abdullah Pani bin Ab. Latif.  Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 2 Februari 2017 hingga Disember 2020. seterusnya diterajui oleh Pn. Zuraidah Binti Mohamed Som (15 Disember 2019 sehingga kini)

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERASMIAN SURAU

Tempat : SK.GAMBANG Tarikh :22 Februari 2020