FALSAFAH DAN NILAI


1.1.4     Falsafah dan Nilai

Setiap murid berkeupayaan dan berpotensi untuk maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani manakala guru-guru berkemampuan dan berkelayakan untuk membimbing secara professional. Justeru, falsafah dan nilai berikut dijadikan pengangan:

Falsafah:

Pendidikan di SK Gambang adalah usaha ke arah memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, jasmani dan sahsiah serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan negara.



Nilai
i.         KOLABORATIF:           
Seluruh warga sekolah berganding bahu melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama

ii.       PATISIPATIF:   
Seluruh warga sekolah akan mengambil bahagian dalam apa jua program yang dirancang dan dilaksanakan

iii.      INOVATIF:         
Seluruh warga sekolah perlu memikirkan penyelesaian terbaik untuk melancarkan tugas dengan rintangan yang minima dan menghasilkan suatu teknik penyelesaian yang baharu dan berkesan

iv.     KERJA SEPASUKAN:
Seluruh warga sekolah akan melakukan tugas secara berpasukan dan saling membantu tanpa mementingkan diri sendiri.

v.       KESEPUNYAAN:         
Seluruh warga sekolah akan memainkan peranan utama dan rasa bertanggungjawab untuk mencapai objektif tugas


MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERASMIAN SURAU

Tempat : SK.GAMBANG Tarikh :22 Februari 2020