PIAGAM PELANGGAN


Piagam Pelanggan

SK Gambang menyediakan Piagam Pelanggan bagi memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan menepati kemahuan pelanggan. Berikut ialah Piagam pelanggan yang dijadikan panduan kerja warga SK Gambang:



Jadual 2: PIAGAM PELANGGAN

Warga SK GAMBANG dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada:



MURID
STAF
§  Memastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan.
§  Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
§  Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
§  Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian 3M.
§  Memastikan kebajikan pelajar diambil tindakan serta-merta.
§  Memastikan urusan perkhidmatan, perjawatan dan tuntutan diselesaikan dengan segera,
§  Memaklumkan segala edaran daripada “stakeholder” selewat-lewatnya dua hari daripada tarikh surat diterima,
§  Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya tiga kali setahun, dan
§  Menjaga kebajikan staf
IBU BAPA & KOMUNITI
STAKEHOLDER
§  Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan
§  Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
§  Memproses segala urusan pertukaran sekolah dalam masa satu hari sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan
§  Sedia bekerjasama dalam semua program yang dianjurkan sekiranya sesuai
§  Memberi maklum balas kepada semua arahan dari stakeholders selewat-lewatnya tiga hari selepas surat diterima.
§  Memastikan semua arahan KPM / JPN / PPD melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.




MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PERASMIAN SURAU

Tempat : SK.GAMBANG Tarikh :22 Februari 2020